Tahun ni banyak dapat undangan perkahwinan. Kalau tiada aral melintang pasti aku akan pergi, klu x paham2 je la. Sibuk ngan keja + study + tido aku lagi & my tv, x leh tggal. hehehehe
My Best2 friend kawin. Meriah, tempat nya wow. Best sangat2. Thanks member sbb undang aku dtg.Ni plak cousin aku. Cantik kan. Rapat tul masa kecil. Time yg paling best , masa main sorok2 la. Tapi skrg cmua dah sibuk, duk plak jauh. Tmbh2 dia dah kawin, makin jarang la kitorang berjumpa.
Aku plak, apa yg aku wat time org kawin? Makan la apa lagi, cmua sodap2. Selamat Pengantin Baru, Semoga Berkekalan hingga Akhir Hayat.
Pelik rakyat Malaysia ni, suka sangat membuang sampah. Macam mana la negara ni nak bersih. Tong sampah berlambak, buang pulak merata. Dah tabiat kot. Sedang saya seronok berhari raya, selepas berakhirnya bulan Ramadhan, ada sebuah kereta membuang sampah keluar tingkap kereta dia. Nasib baik tak kena kereta saya. Geram betul la, tau makan je, buang sampah tak reti pulak. Kalau sampah yang dibuang kecil tak pe la kot (sekurang2nya x nmpk sgt), ni plastik dan kotak KFC. Tak rasa bersalah ke? Macam mana nak bagi contoh generasi muda, klu yg tua pun x reti2 buang sampah dengan betul. Kerajaan kena wat polis peronda, tangkap orang yang buang sampah ni.
Best dapat pergi jalan2. Minggu pertama puasa, apalagi nak cari la baju raya. Sedihnya semua baju stok lama. Tema tahun ni abang saya yang pilih. Warna silver @ kelabu cair. Susah nak cari baju warna tu. Geram tul, dah la penat berjalan (sakit kaki), tak dapat plak baju yang berkenan. Nasib baik pergi pasaraya, ada gak aircorn, klu tidak, tak tau la. Panas cuaca kat luar.
Kali kedua
Kali ni saya keluar bersama mak dan 2 org adik (laki &pmpn). Lagi ramai g jalan2, lagi banyak tempat nak pergi. 1st tempat pergi adalah Warta. Kali ni dah banyak baju raya, penuh setiap level dengan baju raya. Pilih je mana yang suka. Saya dapat la juga, tapi bukan warna tema. Kali ni yang betul2 dapat mak dan adik lelaki. Seronok, 1 tmpt ambil masa lama. Ingat nak pergi banyak tempat, tiba2 adik saya sakit perut plak, knalah balik umah. Dah tergendala beli baju. Huhuhu x dpt beli.
Kali ketiga
Rasanya ni kali ketiga saya keluar beli baju raya. Jalan area nilai square je. Pergi dgn adik pmpn. Jalan punya jalan, jmpa sepasang baju, tapi harga dia, fuyoo boleh tahan. Tawar punya tawar, ayat manis sikit, baru dapat kurang. Akhirnya dapat beli baju raya.Seronok sgt2. Kesian adik saya baju yg dia berkenan x ada saiz. Tak leh letak gmbr, x surprise nnti. Tunggu Dr Normaliza wat umah terbuka dulu.
Semalam baru berpeluang berbuka puasa di luar. Dah tak ada orang nak ajak, nasib baik mak ayak makan dengan kawan-kawan dia. Saya makan di Restoran R&B, tapi tak tahu lak pulak apa maksud R dan B tu, lain kali la baru tanya tuan punya restoran
Saya datang awal jam 6.30 dah terpacak kat depan restoran. Member2 mak tak sampai lagi. Nak gi mana ye, kebetulan restoran tu dekat ngan bazaar ramadhan. Baunya, fuuu sedap, x tahan plak. Saya pergi la tengok2 dengan mak, x beli pun.
Tapi yang peliknya, banyak gak orang jual mercun dan bunga api. Ingat makanan dan minuman je, mercun pun ada. Kata diharamkan, tapi boleh pula jual dekat bazaar. Bukan satu gerai, tapi dekat lima gerai. Sedang berjalan ada plak yang siap offer beli mercun, nak bagi diskaun lagi. Saya tak la pulak beli, kalau beli murah la kot.
Dekat jam 7.00 saya dan mak pun masuk ke dlm restoran. Makanan yang disediakan banyak betul, buffer kan. Ambil la apa je yang hendak dimakan. Kuih je bermacam jenis, ada lagi bubur (3 jenis), belum masuk mknn berkuah cam laksa lagi. Lauk pauk yang disediakan pun sedap2, tu belum rasa lagi, baru tengok. Macam2 jenis lauk, ada lagi mee dan mknn barat. Air pulak ada yang sejuk dan panas.
Yang paling bestnye restoran ni, selain buffer, harganya sangatlah murah RM9.00 bagi dewasa dan RM4.00 kanak2. Memang puas hati. Bila azan maghrib je kedengaran dari masjid berhampiran, ada seorg pakcik bangun dan baca doa berbuka, bangus pakcik tu. Apalagi makan time, memang sedap + lazat la. Saya cakap ngan mak, lain kali boleh buka lagi kat sini, mak senyap n senyum je. Cam x dapat je huhuhu
Saya menerima banyak sms dan email daripada beberapa orang rakan tentang selesema babi (H1N1), yang kematian kian meningkat. Di dada akhbar juga mengatakan gelombang kedua selesema ini akan melanda. Bagaimana Negara akan menghadapinya……… Jadi kita kenalah kita serius mencegah dari merawat. Antibodi badan kenalah kuat. Antara makanan yang disyorkan adalah...............
1) KURMA
Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. Kurma ada banyak kelebihan, antaranya: - Kaya dengan zat besi - Boleh dimakan pada bila-bila masa - Memberi tenaga segera apabila berbuka puasa - Merangsang daya ingatan
2) BAWANG PUTIH
Bawang putih merupakan salah satu tumbuhan atau herba yang amat dikenali dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya: - Tekanan darah tinggi - Kencing manis - Ulser - Cirit birit - Pernafasan - Mengurangkan kolesterol
3) EPAL HIJAU Kelazatan buah epal hijau dan kebaikannya ialah - Membantu penghadaman - Penurunan berat badan - Mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan - Elak penyakit jantung - Menyeimbangkan kandungan zat dlm badan - Mencegah berlaku lemak dalam badan
4) AIR KELAPA Manfaat kelapa muda boleh mengatasi masalah - Gatal-gatal - Demam campak - Letih/ lesu - Luka (terbakar) - Mabuk - Keracunan
Dahulu Aku hidup keseorangan Susah-payah sendirian Tiada tempat mengadu keluhan Hidup dengan angan-angan Yang pasti kerugian
Kini Aku hidup aman bahagia Bersama keluarga tercinta Bersama teman-teman setia Setiap masa Susah dan senang bersama Menjalani kehidupan yang sempurna
Akan Datang Kehidupanku yang tidak pasti Adakah bersama mereka nanti Waktunya tidak ku ketahui Apa yang ku yakini Aku akan hadapi Rintangan yang bakal menanti
Assalamualaikum.............. Hujung minggu ni mgkn sy akan daki bukit Tabur. Tu pu klu jadilah. Takut gak, lg2 dah lama x wat aktvt luar. Last pun masa study full time. Skrg cbuk plak.