Saturday, May 8, 2010

HIKAYAT AMIR HAMZAH

Amir Hamzah merupakan tokoh pahlawan masyarakat Arab Quraisy daripada keturunan Bani Hashim dan anak kepada Khoja Abdul Mutalib, pemimpin masyarakat Quraisy ketika itu yang mempunyai anak lelaki seramai 12 orang, termasuk ayahanda Nabi Muhammad, Abdullah dan Abu Jahal yang menjadi penentang kepada Nabi Muhammad, sepanjang baginda menegakkan Islam di Mekah. Amir Hamzah merupakan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.

Amir Hamzah ibnu Abdul Mutalib, adalah merupakan wira Islam yang telah berjuang bersama nabi untuk menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini. Amir Hamzah terkenal sebagai pahlawan Islam yang terbilang. Keberanian dan jasa-jasanya dimedan-­medan perang terutama sekali dalam peperangan Badar amatlah besar ertinya disisi sejarah perkembangan agama Islam. Sayyidina Hamzah telah tewas tatkala melawan orang-orang kafir Mekah yang banyak bilangannya di­kaki bukit Uhud, berhampiran Madinah. Kerana ituIah riwayat Amir Hamzah sentiasa dikenang oleh umat Islam.



LAGU........