Thursday, December 20, 2012

BELAJAR LAGI


Muka aku huhuhu

Beberapa minggu sebelum cuti sekolah akhir tahun 2012 dapat tawaran sambung blaja (DPLI) di UPSI, tapi under UHSB. Kelas plak bukan kat perak, tapi blaja di ILDAS.

Dah la g ILDAS x tau, jadi terpaksa mak n 2 org adik hantar. Kira bawa 2 kereta la. Sampai sana tinggal 1 kereta utk kemudahan. Nasib baik ada kenderaan, klu x haru ler nak g mkn.


Lambaian sblm kna tinggal
Tahniah ler pd diri sendiri. Hehehe dah tua pun blaja lg, tapi ok apa kat ildas ni, tmpt tido ok, tmpt blaja ok, cuma mkn jer kureng ckt blablabla.

Mula2 blaja x ada mmbr pun, sbb aku sorg je dr sek. Smpi cni dpt la ramai kwn2. Rmai gak giler2 1 kpala lg.

Seronok. Skrg tinggal 2 minggu termasuk final exam. hehehe dah 1 sem. Terbaik la ;-)

Wednesday, December 19, 2012

KERANA TINGKAP



Ø  Sepasang suami isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru.Setelah memindahkan kesemua perabot dan barangan, si isteri memilij satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis.
Ø  Di situlah nanti dia akan menghabiskan masanya dengan menulis dan mengemas kini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa.
Ø  Sambil menulis, dia dapat memerhatikan segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang disewa. Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu terkenal sebagai kawasan yang berpenduduk padat.
Ø  Pada suatu hari, dia ternampak jirannya menjemur baju. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila suaminya pulang, diceritakan kepada suaminya perihal jirannya  itu.
Ø  "Saya rasa jiran kita tu tak reti mencuci bajulah,bang," luahnya kepada suami, satu-satunya teman berbual.
Ø  "Kenapa sayang cakap macam tu?"
Ø  "Sebab saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih. Masih ada lagi kotoran yang melekat."
Ø  "Oh," balas suaminya ringkas sambil mencuri pandang ke arah tingkap.
Ø  Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya, "Jiran kita tu dah reti cuci baju. Saya tengok baju yang dia jemur tu bersih. Tidak macam biasa."
Ø  Suaminya terangguk-angguk.
Ø  "Masalahnya bukan jiran kita tu tidak tahu mencuci baju atau cuci baju ala kadar, tetapi masalahnya ialah tingkap kita yang kotor. Hari ahad hari tu abang dah cuci tingkap tu sampai bersih berkilat," jelas suaminya.

Pengajaran: Satu jari telunjuk yang menuding ke arah orang lain, hakikatnya empat lagi menunjuk ke arah diri kita sendiri. Sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri belum jelas tentangnya, koreksi diri kerana kita juga ada kesalahan sendiri. (Dipetik dari Majalah Solusi isu no 38)

LAGU........