Sunday, April 26, 2009

KENAPA PISANG?


Allah telah menjadikan pisang untuk tumbuh dan berbuah dalam keadaannya yang bertandan dan bersisir. Jarang kita dengar orang membeli sebiji atau 2 biji pisang, kecuali pencuci mulut direstoran. Pisang amat bersesuaian untuk disedekahkan sama ada semasa solat jumaat, kerana dapat memberi makan kepada orang ramai, pada kadar kos yang ramai orang berkemampuan tanpa banyak urusan. Beli di kedai buah, bawa ke masjid/surau dan letak saja ditempat yang sesuai. Kalau pun orang berebut untuk mendapatkannya, isi pisang tidak dipegang oleh tangan orang lain. Nak makan pun mudah. Yang penting, hambaAllah yang bersedekah itu dapat menjamu ramai orang. Ikhlas atau tidak, itu hak Allah SWT, usah dipertikaikan.

Tuesday, April 21, 2009

KATA NASIHAT

"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan"

"Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah"

"Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum"

"Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya"

"Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit"

-HM TUAH ISKANDAR -

Monday, April 20, 2009

ADAKAH ANDA TAHU

MAKNA DISEBALIK BUTANG LIMA DAN BUTANG SATU?

BAJU MELAYU
Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam….., Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu…..”
(Manikam Kalbu, 2007: 127)

BAJU KURUNG
“Pacal bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi Tuhan.” “….
(Manikam Kalbu, 2007: 127)

Sunday, April 19, 2009

TIPS KECANTIKAN ABADI UNTUK WANITA


1) Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

2) Sapukan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

3) Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari Iman.

4) Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

5) Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

6) Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang "Tawadhu" dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

7)Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

8) Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Saturday, April 18, 2009

PAKU DIDINDING HATIMU

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,

jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati,

adalah lebih mudah mengawal kemarahannya

dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari,

dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik anakku,

tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut,

tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,

ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah,

kisah berapa kali kau memohon maaf

dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.

Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan muka arah kejayaan.

Sahabat juga adalah seorang pendengar,

berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


SAHABAT


Kawan-kawanku.........Dayah, Mita, Pjan dan Intan.
Pengalaman bersama dengan korang selama 3 tahun, sangat berharga. Walaupun sekarang kita jarang berjumpa, lantaran komitmen dengan kerjaya masing-masing (sebenarnya aku jer yg jarang kuar). Diharap persahabatan kita akan kekal untuk selamanya.

" Supaya engkau beroleh SAHABAT,
hendaklah diri engkau sendiri
sanggup menyempurnakan
menjadi sahabat orang"
-Hamka-

PERINGATAN

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."


WARNA WARNI KEHIDUPAN

Fasa 1 : Semalam
Jadikan pengajaran dan mohon ampun atas kesalahan.

Fasa 2 : Hari ini
Fokus dan lakukan yang terbaik pada setiap langkah.

Fasa 3 : Esok
Jernihkan minda dan strategi serta doakan kebaikkan.

KETAHUILAH


Sabda RASULULLAH S.A.W :

" iman seorang hamba ALLAH
tidak akan lurus
sebelum hatinya lurus,
dan hatinya tidak akan lurus
sebelum lidahnya lurus "

INGATLAH semua..................

Bukan emas permata yang mencantikkan anda,
Melainkan yang mempercantikkan anda
adalah akhlak anda
Dan yang kekayaan anda
adalah etika anda.

Wednesday, April 15, 2009

TEKA-TEKI LAWAK

Hiburkan hati yer............

Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah airterjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka

Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?
orang india tu jatuh lah.... keh keh keh!!!

Hidupan apa didalam laut paling tua?
jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut..hahahaha

MY FRIEND


When you are sad
I will dry your tears.

When you are scared
I will comfort your fears.
When you are worried
I will give you hope.

When you are confused
I will help you cope.

And when you are lost
and can't see the light.
I shall be your beacon
shining ever so bright.

This is my oath
I pledge till the end.

Why you may ask
because you're my friend.


BUAT SEMUA SAHABATKU

Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinyadengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat


Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinyatertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah diapada seseorang yang merindui syahid di jalanMu


Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang meyeru manusia kejalanMu jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku padacinta hakki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu



Ya Allah
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..


AMIN

PANTUN NASIHAT

Menutup aurat boleh berfesyen,

Tetapi jangan menunjuk eksyen,

Sesuaikan diri tu ikutlah profesyen,

Kalau dilaknat Allah tak guna pun sesen.

LAGU........