Sunday, April 26, 2009

KENAPA PISANG?


Allah telah menjadikan pisang untuk tumbuh dan berbuah dalam keadaannya yang bertandan dan bersisir. Jarang kita dengar orang membeli sebiji atau 2 biji pisang, kecuali pencuci mulut direstoran. Pisang amat bersesuaian untuk disedekahkan sama ada semasa solat jumaat, kerana dapat memberi makan kepada orang ramai, pada kadar kos yang ramai orang berkemampuan tanpa banyak urusan. Beli di kedai buah, bawa ke masjid/surau dan letak saja ditempat yang sesuai. Kalau pun orang berebut untuk mendapatkannya, isi pisang tidak dipegang oleh tangan orang lain. Nak makan pun mudah. Yang penting, hambaAllah yang bersedekah itu dapat menjamu ramai orang. Ikhlas atau tidak, itu hak Allah SWT, usah dipertikaikan.

No comments:

Post a Comment

LAGU........