Friday, September 25, 2009

TABIAT SUKA MEMBUANG SAMPAH


Pelik rakyat Malaysia ni, suka sangat membuang sampah. Macam mana la negara ni nak bersih. Tong sampah berlambak, buang pulak merata. Dah tabiat kot. Sedang saya seronok berhari raya, selepas berakhirnya bulan Ramadhan, ada sebuah kereta membuang sampah keluar tingkap kereta dia. Nasib baik tak kena kereta saya. Geram betul la, tau makan je, buang sampah tak reti pulak. Kalau sampah yang dibuang kecil tak pe la kot (sekurang2nya x nmpk sgt), ni plastik dan kotak KFC. Tak rasa bersalah ke? Macam mana nak bagi contoh generasi muda, klu yg tua pun x reti2 buang sampah dengan betul. Kerajaan kena wat polis peronda, tangkap orang yang buang sampah ni.

Thursday, September 10, 2009

BELI BAJU RAYA

Kali Pertama

Best dapat pergi jalan2. Minggu pertama puasa, apalagi nak cari la baju raya. Sedihnya semua baju stok lama. Tema tahun ni abang saya yang pilih. Warna silver @ kelabu cair. Susah nak cari baju warna tu. Geram tul, dah la penat berjalan (sakit kaki), tak dapat plak baju yang berkenan. Nasib baik pergi pasaraya, ada gak aircorn, klu tidak, tak tau la. Panas cuaca kat luar.

Kali kedua

Kali ni saya keluar bersama mak dan 2 org adik (laki &pmpn). Lagi ramai g jalan2, lagi banyak tempat nak pergi. 1st tempat pergi adalah Warta. Kali ni dah banyak baju raya, penuh setiap level dengan baju raya. Pilih je mana yang suka. Saya dapat la juga, tapi bukan warna tema. Kali ni yang betul2 dapat mak dan adik lelaki. Seronok, 1 tmpt ambil masa lama. Ingat nak pergi banyak tempat, tiba2 adik saya sakit perut plak, knalah balik umah. Dah tergendala beli baju. Huhuhu x dpt beli.

Kali ketiga

Rasanya ni kali ketiga saya keluar beli baju raya. Jalan area nilai square je. Pergi dgn adik pmpn. Jalan punya jalan, jmpa sepasang baju, tapi harga dia, fuyoo boleh tahan. Tawar punya tawar, ayat manis sikit, baru dapat kurang. Akhirnya dapat beli baju raya.Seronok sgt2. Kesian adik saya baju yg dia berkenan x ada saiz. Tak leh letak gmbr, x surprise nnti. Tunggu Dr Normaliza wat umah terbuka dulu.

Wednesday, September 9, 2009

BERBUKA DI LUAR

Semalam baru berpeluang berbuka puasa di luar. Dah tak ada orang nak ajak, nasib baik mak ayak makan dengan kawan-kawan dia. Saya makan di Restoran R&B, tapi tak tahu lak pulak apa maksud R dan B tu, lain kali la baru tanya tuan punya restoran

Saya datang awal jam 6.30 dah terpacak kat depan restoran. Member2 mak tak sampai lagi. Nak gi mana ye, kebetulan restoran tu dekat ngan bazaar ramadhan. Baunya, fuuu sedap, x tahan plak. Saya pergi la tengok2 dengan mak, x beli pun.

Tapi yang peliknya, banyak gak orang jual mercun dan bunga api. Ingat makanan dan minuman je, mercun pun ada. Kata diharamkan, tapi boleh pula jual dekat bazaar. Bukan satu gerai, tapi dekat lima gerai. Sedang berjalan ada plak yang siap offer beli mercun, nak bagi diskaun lagi. Saya tak la pulak beli, kalau beli murah la kot.

Dekat jam 7.00 saya dan mak pun masuk ke dlm restoran. Makanan yang disediakan banyak betul, buffer kan. Ambil la apa je yang hendak dimakan. Kuih je bermacam jenis, ada lagi bubur (3 jenis), belum masuk mknn berkuah cam laksa lagi. Lauk pauk yang disediakan pun sedap2, tu belum rasa lagi, baru tengok. Macam2 jenis lauk, ada lagi mee dan mknn barat. Air pulak ada yang sejuk dan panas.

Yang paling bestnye restoran ni, selain buffer, harganya sangatlah murah RM9.00 bagi dewasa dan RM4.00 kanak2. Memang puas hati. Bila azan maghrib je kedengaran dari masjid berhampiran, ada seorg pakcik bangun dan baca doa berbuka, bangus pakcik tu. Apalagi makan time, memang sedap + lazat la. Saya cakap ngan mak, lain kali boleh buka lagi kat sini, mak senyap n senyum je. Cam x dapat je huhuhu

LAGU........