Friday, September 25, 2009

TABIAT SUKA MEMBUANG SAMPAH


Pelik rakyat Malaysia ni, suka sangat membuang sampah. Macam mana la negara ni nak bersih. Tong sampah berlambak, buang pulak merata. Dah tabiat kot. Sedang saya seronok berhari raya, selepas berakhirnya bulan Ramadhan, ada sebuah kereta membuang sampah keluar tingkap kereta dia. Nasib baik tak kena kereta saya. Geram betul la, tau makan je, buang sampah tak reti pulak. Kalau sampah yang dibuang kecil tak pe la kot (sekurang2nya x nmpk sgt), ni plastik dan kotak KFC. Tak rasa bersalah ke? Macam mana nak bagi contoh generasi muda, klu yg tua pun x reti2 buang sampah dengan betul. Kerajaan kena wat polis peronda, tangkap orang yang buang sampah ni.

5 comments:

  1. kalau saya... saya kejar kete tu dan mintak dia kutip balik. tak pun ambil nombor plat kete dia. padam muka!!!!!!!!!!!!!!1

    ReplyDelete
  2. tu lerrr pasal, Malaysia Boleh...

    Dulu, cikgu saya selalu berkata,'Tandas negara orang putih amat bersih, kamu boleh tidur atas lantai dalam tandas awamnya.'

    Kini saya faham apa yang dimaksudkannya...

    ReplyDelete
  3. Setuju... Saya juga memang geram tengok orang begitu... Saya akan tegur ketika jumpa keadaan ini... Kadang kala orang lain akan anggap ku kurang sopan. Tapi saya tidak hirau, demi menjaga kebersihan negaraku...

    ReplyDelete
  4. Pernah jumpa keadaan di mana si anak tu nak buang sampah tapi tong sampah tak ada. Si anak itu pegang sampah itu tak tau nak buat macam mana. Siapa tau si ibu bapa berkata: Tak apa lah, buang saja.
    Buang kat mana? Lantai namanya.
    Pernah jumpa juga keadaan di mana si anak buang sampah terus ke atas lantai dan tong sampah ada dekat pada mereka saja. Si ibu bapa terus berkata apabila ternampak perbuatan anak-anak mereka: Hei, tak nampak ke tong sampah tu! Tong sampah tu ada kat depan saja, apa pasal buang merata-rata? Habis cakap saja ibu bapa itu nampaklah beberapa orang si anak itu cepat-cepat kutip semua sampah yang mereka buang tadi dan buang ke dalam tong sampah yang di hadapan mereka.

    ReplyDelete
  5. sebabtu la dalam kete aku ada tong sampah.karpet lantai aku alas getah. kusyin pun yang getah campur . supaya senang cuci bila ada kotoran. yang pasti bila aku balik kg, gambar sighbord jangan buang sampah melalui cermin kete betul2 terpacak berhampiran rumahku.

    ReplyDelete

LAGU........