Wednesday, September 9, 2009

BERBUKA DI LUAR

Semalam baru berpeluang berbuka puasa di luar. Dah tak ada orang nak ajak, nasib baik mak ayak makan dengan kawan-kawan dia. Saya makan di Restoran R&B, tapi tak tahu lak pulak apa maksud R dan B tu, lain kali la baru tanya tuan punya restoran

Saya datang awal jam 6.30 dah terpacak kat depan restoran. Member2 mak tak sampai lagi. Nak gi mana ye, kebetulan restoran tu dekat ngan bazaar ramadhan. Baunya, fuuu sedap, x tahan plak. Saya pergi la tengok2 dengan mak, x beli pun.

Tapi yang peliknya, banyak gak orang jual mercun dan bunga api. Ingat makanan dan minuman je, mercun pun ada. Kata diharamkan, tapi boleh pula jual dekat bazaar. Bukan satu gerai, tapi dekat lima gerai. Sedang berjalan ada plak yang siap offer beli mercun, nak bagi diskaun lagi. Saya tak la pulak beli, kalau beli murah la kot.

Dekat jam 7.00 saya dan mak pun masuk ke dlm restoran. Makanan yang disediakan banyak betul, buffer kan. Ambil la apa je yang hendak dimakan. Kuih je bermacam jenis, ada lagi bubur (3 jenis), belum masuk mknn berkuah cam laksa lagi. Lauk pauk yang disediakan pun sedap2, tu belum rasa lagi, baru tengok. Macam2 jenis lauk, ada lagi mee dan mknn barat. Air pulak ada yang sejuk dan panas.

Yang paling bestnye restoran ni, selain buffer, harganya sangatlah murah RM9.00 bagi dewasa dan RM4.00 kanak2. Memang puas hati. Bila azan maghrib je kedengaran dari masjid berhampiran, ada seorg pakcik bangun dan baca doa berbuka, bangus pakcik tu. Apalagi makan time, memang sedap + lazat la. Saya cakap ngan mak, lain kali boleh buka lagi kat sini, mak senyap n senyum je. Cam x dapat je huhuhu

2 comments:

  1. memang murahnya makan di restoran itu, bolehkah kak ira bagi alamat atau peta, manying nak pergi juga..

    mercun memang diharamkan di malaysia, tetapi sesetengah orang yang degil, mereka tidak ikut peraturan, mereka berbuat apa yang disukai sahaja. yang jadi mangsa ialah orang yang membeli mercun serta orang yang tercedera akibat bermain mercun !!!

    tindakan kak ira yang tidak beli merupakan suatu tindakan yang bijak !!!

    ReplyDelete
  2. Restoran R&B dekat Bandar Baru Salak Tinggi, dekat dengan Masjid Hishamuddin dan Bazaar Ramadan. Datanglah. Sedap, tak rugi makan dekat situ.

    ReplyDelete

LAGU........