Monday, August 24, 2009

Mencegah lebih baik dari merawat

Salam semua………

Saya menerima banyak sms dan email daripada beberapa orang rakan tentang selesema babi (H1N1), yang kematian kian meningkat. Di dada akhbar juga mengatakan gelombang kedua selesema ini akan melanda. Bagaimana Negara akan menghadapinya………
Jadi kita kenalah kita serius mencegah dari merawat. Antibodi badan kenalah kuat. Antara makanan yang disyorkan adalah...............

1) KURMA

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Kurma ada banyak kelebihan, antaranya:
- Kaya dengan zat besi
- Boleh dimakan pada bila-bila masa
- Memberi tenaga segera apabila berbuka puasa
- Merangsang daya ingatan


2) BAW
ANG PUTIH

Bawang putih merupakan salah satu tumbuhan atau herba yang amat dikenali dalam merawat
pelbagai jenis penyakit. Antaranya:
- Tekanan darah tinggi
- Kencing manis
- Ulser
- Cirit birit
- Pernafasan
- Mengurangkan kolesterol

3) EPAL HIJAU

Kelazatan buah epal hijau dan kebaikannya ialah
- Membantu penghadaman
- Penurunan berat badan
- Mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan
- Elak penyakit jantung
- Menyeimbangkan kandungan zat dlm badan
- Mencegah berlaku lemak dalam badan


4) AIR KELAPA
Manfaat kelapa muda boleh mengatasi masalah
- Gatal-gatal
- Demam campak
- Letih/ lesu
- Luka (terbakar)
- Mabuk
- Keracunan


4 comments:

  1. Terima kasih atas maklumat anda.Ia telah banyak mendatangkan faedah. Saya pasti akan banyak makan keempat-empat makanan ini.

    ReplyDelete
  2. Saya pun amalkan sekarang ni terutamanya buah epal n kurma

    ReplyDelete
  3. Alahai, sudah lama saya tidak minum air kelapa muda.. sudah 15 tahun..

    Semuanya gara-gara tangan saya pernah tergeliat. Kata orang tua-tua jangan minum air sejuk dalam 100 hari, dan paling penting jangan diminum air kelapa muda. Sebab nanti mudah tercedera dan mudah terseliuh.

    Saya tidak pasti rasionalnya, tapi ikut saja... Tapi betul ke?

    ReplyDelete
  4. Ooi : x tahu pula saya x boleh minum air kelapa muda. Bukan itu air yang mujarab ke, kalau demam pun minum air tu.

    ReplyDelete

LAGU........