Monday, August 17, 2009

AKU

Dahulu
Aku hidup keseorangan
Susah-payah sendirian
Tiada tempat mengadu keluhan
Hidup dengan angan-angan
Yang pasti kerugian

Kini
Aku hidup aman bahagia
Bersama keluarga tercinta
Bersama teman-teman setia
Setiap masa
Susah dan senang bersama
Menjalani kehidupan yang sempurna

Akan Datang
Kehidupanku yang tidak pasti
Adakah bersama mereka nanti
Waktunya tidak ku ketahui
Apa yang ku yakini
Aku akan hadapi
Rintangan yang bakal menanti

4 comments:

  1. Yang datang pasti pergi,
    Yang pergi takkan kembali,
    Pahit manis kita hargai,
    Buat bekal di lain hari,
    Semua liku yang dilalui,
    Kan berguna suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. Usahlah kau harapkan
    pada teman ketawa
    kelak kau akan binasa
    usahlah kau harapkan bahagia
    kerana bahagia
    ada di jiwa
    usahlah kau harapkan setia
    kerana kau tiada teman lagi
    maka
    kau setialah pada Tuhan
    yang sentiasa menjagamu
    kau setialah pada ibu
    sedang menunggumu di pintu rindu..

    ReplyDelete
  3. Liku hidup
    selalunya di depan mata
    Tabahkan hati kita
    melangkah terus ke hadapan
    Pahit atau manis
    menjadi panduan masa depan

    ReplyDelete
  4. Hidup kita
    berlalu bersama-sama masa
    datang dan pergi
    seumpama aliran anak sungai
    Tanpa henti
    Beza sekali dengan hidup kita
    bila tiba masa
    kan dipanggil ke sana
    mengadapNya
    Namun sebelum tiba detik itu
    tempuhlah apa jua yang terhidang diperjalanan
    suka, duka akan silih berganti aneka rasa
    asam garam rencah dunia
    yang tidak kita duga atau jangka
    kerana
    Dia penentunya

    ReplyDelete

LAGU........