Wednesday, December 19, 2012

KERANA TINGKAP



Ø  Sepasang suami isteri baru sahaja berpindah ke rumah baru.Setelah memindahkan kesemua perabot dan barangan, si isteri memilij satu sudut yang menghadap tingkap bagi meletakkan meja tulis.
Ø  Di situlah nanti dia akan menghabiskan masanya dengan menulis dan mengemas kini blognya memandangkan dia suri rumah sepenuh masa.
Ø  Sambil menulis, dia dapat memerhatikan segala gelagat jirannya dari tingkat dua pangsapuri yang disewa. Apatah lagi kawasan yang didiaminya itu terkenal sebagai kawasan yang berpenduduk padat.
Ø  Pada suatu hari, dia ternampak jirannya menjemur baju. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila suaminya pulang, diceritakan kepada suaminya perihal jirannya  itu.
Ø  "Saya rasa jiran kita tu tak reti mencuci bajulah,bang," luahnya kepada suami, satu-satunya teman berbual.
Ø  "Kenapa sayang cakap macam tu?"
Ø  "Sebab saya nampak baju-baju yang dia jemur macam kurang bersih. Masih ada lagi kotoran yang melekat."
Ø  "Oh," balas suaminya ringkas sambil mencuri pandang ke arah tingkap.
Ø  Setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi kepada suaminya, "Jiran kita tu dah reti cuci baju. Saya tengok baju yang dia jemur tu bersih. Tidak macam biasa."
Ø  Suaminya terangguk-angguk.
Ø  "Masalahnya bukan jiran kita tu tidak tahu mencuci baju atau cuci baju ala kadar, tetapi masalahnya ialah tingkap kita yang kotor. Hari ahad hari tu abang dah cuci tingkap tu sampai bersih berkilat," jelas suaminya.

Pengajaran: Satu jari telunjuk yang menuding ke arah orang lain, hakikatnya empat lagi menunjuk ke arah diri kita sendiri. Sebelum menyalahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri belum jelas tentangnya, koreksi diri kerana kita juga ada kesalahan sendiri. (Dipetik dari Majalah Solusi isu no 38)

No comments:

Post a Comment

LAGU........