Monday, August 24, 2009

Mencegah lebih baik dari merawat

Salam semua………

Saya menerima banyak sms dan email daripada beberapa orang rakan tentang selesema babi (H1N1), yang kematian kian meningkat. Di dada akhbar juga mengatakan gelombang kedua selesema ini akan melanda. Bagaimana Negara akan menghadapinya………
Jadi kita kenalah kita serius mencegah dari merawat. Antibodi badan kenalah kuat. Antara makanan yang disyorkan adalah...............

1) KURMA

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
Kurma ada banyak kelebihan, antaranya:
- Kaya dengan zat besi
- Boleh dimakan pada bila-bila masa
- Memberi tenaga segera apabila berbuka puasa
- Merangsang daya ingatan


2) BAW
ANG PUTIH

Bawang putih merupakan salah satu tumbuhan atau herba yang amat dikenali dalam merawat
pelbagai jenis penyakit. Antaranya:
- Tekanan darah tinggi
- Kencing manis
- Ulser
- Cirit birit
- Pernafasan
- Mengurangkan kolesterol

3) EPAL HIJAU

Kelazatan buah epal hijau dan kebaikannya ialah
- Membantu penghadaman
- Penurunan berat badan
- Mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan
- Elak penyakit jantung
- Menyeimbangkan kandungan zat dlm badan
- Mencegah berlaku lemak dalam badan


4) AIR KELAPA
Manfaat kelapa muda boleh mengatasi masalah
- Gatal-gatal
- Demam campak
- Letih/ lesu
- Luka (terbakar)
- Mabuk
- Keracunan


Monday, August 17, 2009

AKU

Dahulu
Aku hidup keseorangan
Susah-payah sendirian
Tiada tempat mengadu keluhan
Hidup dengan angan-angan
Yang pasti kerugian

Kini
Aku hidup aman bahagia
Bersama keluarga tercinta
Bersama teman-teman setia
Setiap masa
Susah dan senang bersama
Menjalani kehidupan yang sempurna

Akan Datang
Kehidupanku yang tidak pasti
Adakah bersama mereka nanti
Waktunya tidak ku ketahui
Apa yang ku yakini
Aku akan hadapi
Rintangan yang bakal menanti

Friday, July 31, 2009

Daki Bukit Tabur


Assalamualaikum..............
Hujung minggu ni mgkn sy akan daki bukit Tabur.
Tu pu klu jadilah. Takut gak, lg2 dah lama x wat aktvt luar.
Last pun masa study full time. Skrg cbuk plak.

Sunday, June 21, 2009

KALENDER

Antara kertas kerja yang dikehendaki oleh Dr. Normaliza adalah membuat kalander thn 2009. Mula2 wat agak ssh, lama2 seronok gak. Ni antara kalendar yg saya wat.



Wednesday, May 20, 2009

ANAK SEBAGAI PERHIASAN DUNIA

Allah s.w.t telah menjadikan segala sesuatu yang ada di permukaan bumi sebagai perhiasan bagi kehidupan dunia, termasuk di dalamnya adalah harta dan anak-anak.

Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
“Dijadikan indah pada pandangan (manusia) kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik(syurga)"(Surah Al-Imran :14)

Sunday, April 26, 2009

KENAPA PISANG?


Allah telah menjadikan pisang untuk tumbuh dan berbuah dalam keadaannya yang bertandan dan bersisir. Jarang kita dengar orang membeli sebiji atau 2 biji pisang, kecuali pencuci mulut direstoran. Pisang amat bersesuaian untuk disedekahkan sama ada semasa solat jumaat, kerana dapat memberi makan kepada orang ramai, pada kadar kos yang ramai orang berkemampuan tanpa banyak urusan. Beli di kedai buah, bawa ke masjid/surau dan letak saja ditempat yang sesuai. Kalau pun orang berebut untuk mendapatkannya, isi pisang tidak dipegang oleh tangan orang lain. Nak makan pun mudah. Yang penting, hambaAllah yang bersedekah itu dapat menjamu ramai orang. Ikhlas atau tidak, itu hak Allah SWT, usah dipertikaikan.

Tuesday, April 21, 2009

KATA NASIHAT

"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan"

"Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah"

"Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum"

"Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya"

"Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit"

-HM TUAH ISKANDAR -

LAGU........