Sunday, October 18, 2009

SUKA DUKA MULTIMEDIA


Mula-mula kena belajar kos multimedia, 1st tanggapan aku ‘blaja ngan lecturer ni lg ke?’. Kira kali kedua belajar dgn lecturer ni. Dr Normaliza Abd Rahim. Tapi klu diingatkan lecturer ni bagus. Banyak perkara tntg multimedia aku dapat, bagus la, kira makin teror la aku ni.

Apa yg aku belajar sem ni? Kena wat Power Point. Letak background yg berlainan siap kena ada bait2 lagu tentang sastera. Group aku pilih lagu Suci Dalam Debu nyanyian kump Iklim. Apa lagi time utk nyanyi la.

Yang paling x leh lupa kena wat esei. 30 mukasurat, biar betul lecturer ni. Mati la kitorg mlm ni, x leh guna internet plak tu. Mlm tu gak kena hantar. Poning + geram betul la. Tapi tiba2 lecturer suruh hantar esok. Nasib baik.

Perkara paling best dan x pernah aku tau, Facebook. Tmbh rapat la kawan2 aku yg dah lama x jumpa. Sekarang ni cam dah melekat je kat computer, smpi mak aku tegur. ‘Dah la akak, g tido esok nak sekolah’ hehehe cam x leh tinggal.

Pastu kena wat blog. Bagus blog ni, cam diari harian la kiranya. Tapi cmua org leh baca, siap boleh bagi komen lagi. Leh letak luahan perasaan sekali, marah, sedih, geram, gembira apa2 je la. Yg penting x menyalahi peraturan.

Kepada lecturer Dr Normaliza Abd Rahim, Thanks a lot sebab sudi terima sy sebagai anak murid dan ajar macam2 perkara tentang dunia multimedia ni. Memang best Dr ajar, tp Dr cakap jgn ngutuk + umpat Dr nnti kena jumpa lg sem depan. Jumpa nak belajar subjek lain OK la, tp kalau mengulang KO la Dr.


Saturday, October 17, 2009

TAHUN KAHWIN

Tahun ni banyak dapat undangan perkahwinan. Kalau tiada aral melintang pasti aku akan pergi, klu x paham2 je la. Sibuk ngan keja + study + tido aku lagi & my tv, x leh tggal. hehehehe

My Best2 friend kawin.
Meriah, tempat nya wow. Best s
angat2. Thanks member sbb undang aku dtg.Ni plak cousin aku.
Cantik kan. Rapat tul masa kecil. Time yg paling best , masa main sorok2 la. Tapi skrg cmua dah sibuk, duk plak jauh. Tmbh2 dia dah kawin, makin jarang la kitorang berjumpa.


Aku plak, apa yg aku wat time org kawin? Makan la apa lagi, cmua sodap2. Selamat Pengantin Baru, Semoga Berkekalan hingga Akhir Hayat.



Friday, September 25, 2009

TABIAT SUKA MEMBUANG SAMPAH


Pelik rakyat Malaysia ni, suka sangat membuang sampah. Macam mana la negara ni nak bersih. Tong sampah berlambak, buang pulak merata. Dah tabiat kot. Sedang saya seronok berhari raya, selepas berakhirnya bulan Ramadhan, ada sebuah kereta membuang sampah keluar tingkap kereta dia. Nasib baik tak kena kereta saya. Geram betul la, tau makan je, buang sampah tak reti pulak. Kalau sampah yang dibuang kecil tak pe la kot (sekurang2nya x nmpk sgt), ni plastik dan kotak KFC. Tak rasa bersalah ke? Macam mana nak bagi contoh generasi muda, klu yg tua pun x reti2 buang sampah dengan betul. Kerajaan kena wat polis peronda, tangkap orang yang buang sampah ni.

Thursday, September 10, 2009

BELI BAJU RAYA

Kali Pertama

Best dapat pergi jalan2. Minggu pertama puasa, apalagi nak cari la baju raya. Sedihnya semua baju stok lama. Tema tahun ni abang saya yang pilih. Warna silver @ kelabu cair. Susah nak cari baju warna tu. Geram tul, dah la penat berjalan (sakit kaki), tak dapat plak baju yang berkenan. Nasib baik pergi pasaraya, ada gak aircorn, klu tidak, tak tau la. Panas cuaca kat luar.

Kali kedua

Kali ni saya keluar bersama mak dan 2 org adik (laki &pmpn). Lagi ramai g jalan2, lagi banyak tempat nak pergi. 1st tempat pergi adalah Warta. Kali ni dah banyak baju raya, penuh setiap level dengan baju raya. Pilih je mana yang suka. Saya dapat la juga, tapi bukan warna tema. Kali ni yang betul2 dapat mak dan adik lelaki. Seronok, 1 tmpt ambil masa lama. Ingat nak pergi banyak tempat, tiba2 adik saya sakit perut plak, knalah balik umah. Dah tergendala beli baju. Huhuhu x dpt beli.

Kali ketiga

Rasanya ni kali ketiga saya keluar beli baju raya. Jalan area nilai square je. Pergi dgn adik pmpn. Jalan punya jalan, jmpa sepasang baju, tapi harga dia, fuyoo boleh tahan. Tawar punya tawar, ayat manis sikit, baru dapat kurang. Akhirnya dapat beli baju raya.Seronok sgt2. Kesian adik saya baju yg dia berkenan x ada saiz. Tak leh letak gmbr, x surprise nnti. Tunggu Dr Normaliza wat umah terbuka dulu.

Wednesday, September 9, 2009

BERBUKA DI LUAR

Semalam baru berpeluang berbuka puasa di luar. Dah tak ada orang nak ajak, nasib baik mak ayak makan dengan kawan-kawan dia. Saya makan di Restoran R&B, tapi tak tahu lak pulak apa maksud R dan B tu, lain kali la baru tanya tuan punya restoran

Saya datang awal jam 6.30 dah terpacak kat depan restoran. Member2 mak tak sampai lagi. Nak gi mana ye, kebetulan restoran tu dekat ngan bazaar ramadhan. Baunya, fuuu sedap, x tahan plak. Saya pergi la tengok2 dengan mak, x beli pun.

Tapi yang peliknya, banyak gak orang jual mercun dan bunga api. Ingat makanan dan minuman je, mercun pun ada. Kata diharamkan, tapi boleh pula jual dekat bazaar. Bukan satu gerai, tapi dekat lima gerai. Sedang berjalan ada plak yang siap offer beli mercun, nak bagi diskaun lagi. Saya tak la pulak beli, kalau beli murah la kot.

Dekat jam 7.00 saya dan mak pun masuk ke dlm restoran. Makanan yang disediakan banyak betul, buffer kan. Ambil la apa je yang hendak dimakan. Kuih je bermacam jenis, ada lagi bubur (3 jenis), belum masuk mknn berkuah cam laksa lagi. Lauk pauk yang disediakan pun sedap2, tu belum rasa lagi, baru tengok. Macam2 jenis lauk, ada lagi mee dan mknn barat. Air pulak ada yang sejuk dan panas.

Yang paling bestnye restoran ni, selain buffer, harganya sangatlah murah RM9.00 bagi dewasa dan RM4.00 kanak2. Memang puas hati. Bila azan maghrib je kedengaran dari masjid berhampiran, ada seorg pakcik bangun dan baca doa berbuka, bangus pakcik tu. Apalagi makan time, memang sedap + lazat la. Saya cakap ngan mak, lain kali boleh buka lagi kat sini, mak senyap n senyum je. Cam x dapat je huhuhu

LAGU........