Friday, July 31, 2009

Daki Bukit Tabur


Assalamualaikum..............
Hujung minggu ni mgkn sy akan daki bukit Tabur.
Tu pu klu jadilah. Takut gak, lg2 dah lama x wat aktvt luar.
Last pun masa study full time. Skrg cbuk plak.

Sunday, June 21, 2009

KALENDER

Antara kertas kerja yang dikehendaki oleh Dr. Normaliza adalah membuat kalander thn 2009. Mula2 wat agak ssh, lama2 seronok gak. Ni antara kalendar yg saya wat.



Wednesday, May 20, 2009

ANAK SEBAGAI PERHIASAN DUNIA

Allah s.w.t telah menjadikan segala sesuatu yang ada di permukaan bumi sebagai perhiasan bagi kehidupan dunia, termasuk di dalamnya adalah harta dan anak-anak.

Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
“Dijadikan indah pada pandangan (manusia) kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik(syurga)"(Surah Al-Imran :14)

Sunday, April 26, 2009

KENAPA PISANG?


Allah telah menjadikan pisang untuk tumbuh dan berbuah dalam keadaannya yang bertandan dan bersisir. Jarang kita dengar orang membeli sebiji atau 2 biji pisang, kecuali pencuci mulut direstoran. Pisang amat bersesuaian untuk disedekahkan sama ada semasa solat jumaat, kerana dapat memberi makan kepada orang ramai, pada kadar kos yang ramai orang berkemampuan tanpa banyak urusan. Beli di kedai buah, bawa ke masjid/surau dan letak saja ditempat yang sesuai. Kalau pun orang berebut untuk mendapatkannya, isi pisang tidak dipegang oleh tangan orang lain. Nak makan pun mudah. Yang penting, hambaAllah yang bersedekah itu dapat menjamu ramai orang. Ikhlas atau tidak, itu hak Allah SWT, usah dipertikaikan.

Tuesday, April 21, 2009

KATA NASIHAT

"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan"

"Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah"

"Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum"

"Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya"

"Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit"

-HM TUAH ISKANDAR -

Monday, April 20, 2009

ADAKAH ANDA TAHU

MAKNA DISEBALIK BUTANG LIMA DAN BUTANG SATU?

BAJU MELAYU
Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam….., Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu…..”
(Manikam Kalbu, 2007: 127)

BAJU KURUNG
“Pacal bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi Tuhan.” “….
(Manikam Kalbu, 2007: 127)

Sunday, April 19, 2009

TIPS KECANTIKAN ABADI UNTUK WANITA


1) Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

2) Sapukan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

3) Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari Iman.

4) Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

5) Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

6) Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang "Tawadhu" dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

7)Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

8) Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

LAGU........