Allah s.w.t telah menjadikan segala sesuatu yang ada di permukaan bumi sebagai perhiasan bagi kehidupan dunia, termasuk di dalamnya adalah harta dan anak-anak.
Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:“Dijadikan indah pada pandangan (manusia) kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik(syurga)"(Surah Al-Imran :14)
Allah telah menjadikan pisang untuk tumbuh dan berbuah dalam keadaannya yang bertandan dan bersisir. Jarang kita dengar orang membeli sebiji atau 2 biji pisang, kecuali pencuci mulut direstoran. Pisang amat bersesuaian untuk disedekahkan sama ada semasa solat jumaat, kerana dapat memberi makan kepada orang ramai, pada kadar kos yang ramai orang berkemampuan tanpa banyak urusan. Beli di kedai buah, bawa ke masjid/surau dan letak saja ditempat yang sesuai. Kalau pun orang berebut untuk mendapatkannya, isi pisang tidak dipegang oleh tangan orang lain. Nak makan pun mudah. Yang penting, hambaAllah yang bersedekah itu dapat menjamu ramai orang. Ikhlas atau tidak, itu hak Allah SWT, usah dipertikaikan.
"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan"
"Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah"
"Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum"
"Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya"
"Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit"
BAJU MELAYU Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam….., Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu…..” (Manikam Kalbu, 2007: 127)
BAJU KURUNG “Pacal bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi Tuhan.” “…. (Manikam Kalbu, 2007: 127)
Kawan-kawanku.........Dayah, Mita, Pjan dan Intan.
Pengalaman bersama dengan korang selama 3 tahun, sangat berharga. Walaupun sekarang kita jarang berjumpa, lantaran komitmen dengan kerjaya masing-masing (sebenarnya aku jer yg jarang kuar). Diharap persahabatan kita akan kekal untuk selamanya.