Saturday, August 13, 2011

LELAKI IDAMAN SETIAP WANITA


Lelaki idaman saya adalah...
Seorang lelaki yang beriman...
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah...
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Yang sentiasa haus dengan ilmu...
Yang sentiasa dahaga akan pahala...
Yang solatnya adalah maruah dirinya...
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar...
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menjaga tuturkatanya...
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menghormati ibunya...
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga...
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...

Lelaki idaman saya...
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam...
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah...
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
Yang menjaga matanya dari berbelanja...
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...

Lelaki idaman saya...
Tidak pernah membazirkan masa...
Matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunnya subuh penuh kecergasan...
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...

Lelaki idaman saya...
Sentiasa mengingati mati...
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat...
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga...
Di situlah rumah idamannya...
Dan dia ingin membawa saya bersama...
Dialah lelaki idaman saya...

* Setiap wanita mengharapkan seorang lelaki yang terbaik dalam hidupnya. Adakah aku layak memilikinya satu hari nanti, jodohku, takdirku.....pernantian...

Friday, July 1, 2011

49 DAYS

49 days...tamat episod terakhirnya ari slasa (28/6). Nasib baik dpt tgk...
Pelakon2 nye bleh tahan, yg pntg baju yg 'Han Gang' pakai, mmg cntk. plg kesian 'roh' ler, baju sama je, nasib baik 'penjadual' kdg2 bagi baju.

Citer ni mula2 tgk cam x logik pun ada, ada ke bg 49 hari utk hidup balik. Punya ler ssh 'jhyeon' nak hidup blik, ye ler kna cari 3 org yg syg kat kita, tp bkn yg ada pertalian darah, punyalah ssh, last2 mati gak.

Tapi yang pasti KEHIDUPAN dan KEMATIAN telah ditentukan dan x dpt diubah. Ssh bgmanapun, kematian pasti akan tiba. Itu yg pasti.

Saturday, June 11, 2011

GURU DAN DOKTOR aku

Adakah peranan guru dan doktor tu sama?

Guru...

Selama aku menjadi guru, pernah berguru dr sek tadika, rendah, men dan masuk U, aku rasa guru sgt2 berguna dlm kehidupan aku ni (selain mak ayah aku ler). Sejak dr sek ren lg aku mmg suka subjek math ni, x tau knp, cam sng ckt nak paham dr subjek yg lain. Bila ckgu math msk je, aku gombira hbs, tp time ckgu BI je, sonyap terus aku (tunduk je) hehehe. Tapi bg mmbr aku ckgu math ni garang, lg2 bila kna baca sifir ler. Nak kata cikgu math suke senyum x ler pulak, garang adelah. Bila wat homework je, sbjk math yg aku siapkan dulu, mmbr aku pun pelik, buku latihan plak (subjk math ler yg aku plg byk).

Doktor…

Pasal doc plak, sbb aku skrg kna g H je. Jd byk ler doc yg aku jmpa. Ni lg satu, aku ni sbnrnye suke g H @ klinik ni, ntah knp pun x tau ler, mmg suke. Alkisahnye, adeler sorg doc ni, mst snym klu jmpa aku (aku perasan ler kot), tapi kata2 smngt dia yg pntg. Tya cam mana hari ni? Ok x? Byk2 berdoa ye (ni part yg plg aku suke ler), tp rmai2 doc yg aku jmpa sorg je yg citer pasal diri dia (ape yg dia wat ler), yg lain x pun. Best kan :)

Guru dan Doktor

Bg aku antara guru dan doctor sama je. Ye ler guru hari2 jmpa murid, doc plak hari2 jmpa pesakit. Kedua2nye sama peranan menjaga murid/pesakit, senyum sllu, beri nasihat dan sllu suruh tgktkan prestasi/kesihatan. Jd sayangilah guru dan doktor anda ye ;)

JERAM KEDAH?


Hari 2 aku g H, adalah seorg doc 2 citer pasal dia g Jeram Kedah. Ingatkan tempat 2 kat Kedah, hehehe rupanya kat selangor je. Tempatnya dekat ngan tempat keja aku plak 2. Mesti best dapat mandi manda kat situ.

Balik dr H je aku terus tgk internet kat mana Jeram Kedah 2. Best gak tempatnye. Rase cam nak g je, tapi lepas aku chat sikit ler.

Nantikan kedatangan ake ye air terjun 'Jeram Kedah'.

Saturday, May 8, 2010

HIKAYAT AMIR HAMZAH

Amir Hamzah merupakan tokoh pahlawan masyarakat Arab Quraisy daripada keturunan Bani Hashim dan anak kepada Khoja Abdul Mutalib, pemimpin masyarakat Quraisy ketika itu yang mempunyai anak lelaki seramai 12 orang, termasuk ayahanda Nabi Muhammad, Abdullah dan Abu Jahal yang menjadi penentang kepada Nabi Muhammad, sepanjang baginda menegakkan Islam di Mekah. Amir Hamzah merupakan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.

Amir Hamzah ibnu Abdul Mutalib, adalah merupakan wira Islam yang telah berjuang bersama nabi untuk menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini. Amir Hamzah terkenal sebagai pahlawan Islam yang terbilang. Keberanian dan jasa-jasanya dimedan-­medan perang terutama sekali dalam peperangan Badar amatlah besar ertinya disisi sejarah perkembangan agama Islam. Sayyidina Hamzah telah tewas tatkala melawan orang-orang kafir Mekah yang banyak bilangannya di­kaki bukit Uhud, berhampiran Madinah. Kerana ituIah riwayat Amir Hamzah sentiasa dikenang oleh umat Islam.



Monday, December 14, 2009

INDONESIA

1st time dapat kuar negara, Indonesia (Puncak, Bandung dan Jakarta). Ok la gak 4 hari 3 mlm. Mula-mula nak pergi teruja sgt2, bila naik flight cam rasa dapat terbang la pulak, tapi time nak mendarat (sakit gigi tiba2, pelik) apa lagi rasa nyesal lak g.

Hari pertama Jakarta/Puncak
Hari kedua Puncak/Bandung
Hari ketiga Bandung/Jakarta
Hari keempat Jakarta

Apa yg pasti di Jakarta semua teksi adalah Toyota Vios yang baru dan berkilat. Berbaloi naik teksi. Macam x caya. Area lebuhraya plak, motosikal x leh masuk, sbb terlampau banyak kereta. Cyan penunggang motor, kna lalu kawasan dlm saja. Tapi yang paling x leh tinggal rancangan TV la, banyak sinetron. Pagi, ptg, mlm ada. Tido pun dekat pukul 3, tgk TV nye hal la. hehehe.

Sunday, November 15, 2009

SUKAN DWI TAHUNAN

Sukan tahun ni aku dapat rumah merah @ temenggong. Tapi penat ckt, ye la wat 2 mggu nak abis sekolah. Banyak keja nak kena wat.

Hari Khamis : Latihan Sukan
Hari Jumaat : Latihan Sukan
Hari Sabtu : Hias Rumah Sukan
Hari Ahad : Sukan
Penat tu, 4 hari berturut2 berpanas. Tapi berbaloi la gak, rumah sukan aku dapat tempat pertama. Kira ok la. Yang x bestnya, muka dah cam puteri senandong plak.

LAGU........