Allah telah menjadikan pisang untuk tumbuh dan berbuah dalam keadaannya yang bertandan dan bersisir. Jarang kita dengar orang membeli sebiji atau 2 biji pisang, kecuali pencuci mulut direstoran. Pisang amat bersesuaian untuk disedekahkan sama ada semasa solat jumaat, kerana dapat memberi makan kepada orang ramai, pada kadar kos yang ramai orang berkemampuan tanpa banyak urusan. Beli di kedai buah, bawa ke masjid/surau dan letak saja ditempat yang sesuai. Kalau pun orang berebut untuk mendapatkannya, isi pisang tidak dipegang oleh tangan orang lain. Nak makan pun mudah. Yang penting, hambaAllah yang bersedekah itu dapat menjamu ramai orang. Ikhlas atau tidak, itu hak Allah SWT, usah dipertikaikan.
"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan"
"Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah"
"Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum"
"Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya"
"Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit"
BAJU MELAYU Pacal membayangkan rumah butang yang lima itu maknanya rukun Islam….., Ampun Tuanku, pacal juga mengimpikan butang yang satu itu ialah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu…..” (Manikam Kalbu, 2007: 127)
BAJU KURUNG “Pacal bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga (leher baju kurung) dan kita duduk di mukanya (butang nan satu yang mengancing leher baju) sebagai abdi Tuhan.” “…. (Manikam Kalbu, 2007: 127)
Kawan-kawanku.........Dayah, Mita, Pjan dan Intan.
Pengalaman bersama dengan korang selama 3 tahun, sangat berharga. Walaupun sekarang kita jarang berjumpa, lantaran komitmen dengan kerjaya masing-masing (sebenarnya aku jer yg jarang kuar). Diharap persahabatan kita akan kekal untuk selamanya.
"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.Hatiyang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwayang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parutyang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
Ya Allah panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinyadengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat
Ya Muhaimin jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinyatertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia rindu,rindukanlah diapada seseorang yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang meyeru manusia kejalanMu jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku padacinta hakki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu
Ya Allah kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak..